Rencana Universitas al-Azhar membuka cabang di Negeri Sembilang, Malaysia

REMBAU 13 April – Keputusan Majlis Senat Universiti Al-Azhar, Mesir membenarkan pembukaan cawangannya di negara ini menunjukkan institusi pendidikan tertua di dunia itu mahu melihat pengembangan dakwah Islamiah dilakukan secara menyeluruh.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, belum pernah dalam sejarah penubuhan universiti berkenaan sejak 1,000 tahun lalu membenarkan pembukaan cawangan di luar Mesir.

‘‘Hari ini, mereka telah membuka minda dengan memberikan kebenaran itu kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) untuk membangunkan dan mengurus sebuah cawangan mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Institusi Pengajian Tinggi negeri, Shamsulkahar Mohd. Deli, Yang Dipertua YSNS, Mohd. Shukor Sabudin dan Penasihat YSNS, Datuk Kamarudin Meranum dan Ahli Majlis Fatwa kerajaan negeri, Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin.

Kata Mohamad, pengiktirafan oleh Rektor Universiti Al-Azhar Mesir, Profesor Dr. Ahmad Toyyib kepada YSNS serta rakyat Malaysia ini akan membuka satu lembaran baru dalam pendidikan berteraskan Islam.

Cawangan itu katanya, akan menjadi pusat pengembangan ilmu bukan sahaja di negara ini tetapi juga mencakupi seluruh negara di Asia Tenggara.

‘‘Anugerah ini merupakan satu rahmat kepada seluruh umat Islam. Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini akan menjadi benteng kekuatan umat dan pada masa yang sama berupaya bertindak sebagai penyelidik dan rujukan dalam pelbagai permasalahan umat Islam,” ujar beliau.

Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia yang dicadang pembinaannya di sebuah kawasan di sini, kini dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan dijangka memulakan pengajiannya dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun kelulusan untuk menubuhkan cawangan berkenaan telah diperoleh di Kaherah, Mesir daripada Ahmad Toyyib pada 10 Mac lalu yang turut dihadiri Sheikh Muhammad Fuad bersama wakil Universiti Al-Azhar Mesir, Profesor Dr. Umar Abdullah Kamil.

‘‘Ini adalah satu rahmat kepada umat Islam, bukan sahaja di negeri ini, tetapi di Malaysia. Pada masa yang sama, ia selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menjadikan negeri ini sebagai hab pendidikan.

‘‘Kita berharap dengan pembukaan cawangan Universiti Al-Azhar ini, ia akan mengurangkan kos perbelanjaan menghantar pelajar terutamanya anak kelahiran Negeri Sembilan ke Mesir,” kata beliau.

Dr. Umar berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada YSNS yang mewakili seluruh rakyat Malaysia dan percaya mereka mampu mentadbir dan menguruskannya.

Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Profesor Dr. Muhammad Abd. Sattar Nasar dalam ucapannya berkata, pembukaan cawangan itu merupakan satu usaha mengembangkan ilmu selaras dengan ajaran Islam yang mahukan pendidikan dijadikan sebagai senjata pada masa kini.

***

http://www.alhafiznurmataku.blogspot.com/

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: