Perbezaan antara al-Salaf dengan al-Salafiyah

Sebagai satu natijah atau kesimpulan diatas dlm mencari suatu kesahihan terhadap perbincangan ini, dapatlah kita simpulkan beberapa perbezaan antara al-Salaf dengan al-Salafiyah. Antaranya ialah:

(1) Al-Salaf ialah mereka yg hidup pd kurun2 terbaik yg disifatkan oleh Rasulullah saw. Kurun yg dimaksudkan itu sama ada bermula 300 atau 500 tahun selepas hijrah.

Manakala al-Salafiyah ialah satu golongan yg mendakwa mengikuti org2 yg terdahulu iaitu golongan al-Salaf. Mereka hanya menyandarkan pendapat dan metod mereka kpd al-Salaf sahaja. Sedangkan realitinya manhaj mereka bukanlah daripada al-Salaf yg sebenar muktamad. Akan tetapi ia adalah berasal daripada Ibn Taimiyah al-Harrani.

(2) Al-Salaf mengamalkan kedua2 kaedah iaitu takwil dan tafwid di dlm memahami nas2 sifat yg mutasyabih.

Manakala al-Salafiyah tdk mengamalkan kedua2 kaedah ini. Sebaliknya mereka lebih cenderung kpd pendapat Ibn Taimiyah iaitu dg mengambil tuntutan zahir nas semata2. Sebagaimana telah kita ketahui bhw kaedah ini lebih dekat kpd tajsim dan tasybih.

(3) Al-Salaf terdahulu terlalu berhati2 dlm menetapkan sifat bagi Allah Swt khususnya dlm menggunakan nas2 yg mutasyabih.

Al-Salafiyah pula terlalu suka menetapkan sifat bagi Allah Swt. Kekadang ia membawa kpd tasybih dan tajsim.

(4) Al-Salaf menahan diri mereka daripada mendedahkan makna sebenar ayat mutasyabih kpd makna umum.

Manakala al-Salafiyah terlalu gemar menerangkan maksud nas mutasyabih tersebut.

(5) Al-Salaf tdk mewajibkan pendapat mereka utk diterima. Bahkan tdk terlalu menyalahkan golongan yg berselisih dg mereka. Sebaliknya mereka masing2 menghormati antara satu sama lain.

Al-Salafiyah mewajibkan pendapat mereka utk diikuti dan melabelkan org2 yg bercanggah pendapat dg mereka itu dg beberapa bentuk gambaran yg buruk.

(6) Al-Salaf tdk mempunyai pengasas dan mazhab.

Manakala golongan al-Salafiyah terdapat tokohnya tersendiri, iaitu Ibn Taimiyah al-Harrani.

(7) Golongan al-Salaf bersikap sederhana dlm semua perkara.

Manakal golongan al-Salafiyah begitu fanatik dan ekstrim.

(8) Golongan al-Salaf adalan anutan dan ikutan kita.

Manakala ajaran al-Salafiyah al-Wahabiyah pula perlu ditolak. Wallahu a’lam.

Referensi:
* [Zamihan, 2001]

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: