Al-Salafiyah Al-Wahabiyah: Pengaruh Ibn Taimiyah Terhadap Muhammad ‘Abd Wahab

Gerakan ini diasaskan pada kurun ke-18 Masihi oleh Muhammad Ibn Abd Wahab (1115-1206H) di sebuah negeri yg bernama Najd (terletak di timur Madinah). Ia didirikan atas alasan kononnya utk menghapus syirik, bid’ah dan pemujaan kpd para wali.

Selaku nadi utama dlm membangun gerakan ini, beliau amat terpengaruh dg pendapat Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Beliau begitu bersungguh2 mempelajari kitab2 Ibn Taimiyah. Bahkan begitu fanatik dg pendapat Ibn Taimiyah [24]. Sehinggakan kemunculannya dikatakan hanya menghidupkan mazhab Ibn Taimiyah. Akan tetapi, beliau tdk bertaqlid sepenuhnya dlm keseluruhan masalah [25].

Imam Muhammad Abu Zahrah di dlm kitabnya “Tarikh al-Mazahib al-Islami” (m.s. 208) mengesahkan bhw gerakan ini sebenarnya tdk menambahkan apa2 di dlm bab aqidah. Bahkan hanya menerima apa sahaja yg dibawa oleh Ibn Taimiyah. Tetapi, tindakan mereka lebih keras berbanding dg Ibn Taimiyah.

Selain bersikap ta’asub terhadap aqidah al-Salaf aliran Ibn Taimiyah sebagaimana yg kami jelaskan dahulu, mereka juga menekankan pelbagai masalah tauhid yg lain. Antaranya ialah isu Tauhid, yg memecahkan masalah kpd bid’ah, syirik, tawassul, mengambil berkat, ziarah kubur, istighashah, dll. Permasalahan ini merupakan masalah yg dipandang serius oleh mereka. Bahkan mencapai tahap keterlaluan.

Hal ini terbukti apabila ulama’-ulama’ mereka lebih menganggap pendapat mereka itu kesemuanya benar [26]. Perkara ini menjadi lebih kritikal lagi apabila ia ditimbulkan oleh penyokong2 mereka yg begitu fanatik. Hasilnya berlakulah perpecahan dg isu bid’ah-membid’ah dan kafir-mengkafir antara sesama Islam.

Adapun isu2 seperti merokok, fotografi, maulid al-Nabawi, wirid, membaca doa qunut, melafazkan perkataan “Sayyid” dan seumpamanya merupakan isu sampingan kpd isu2 pokok diatas.

Tdk cukup dg penyebaran dakwah dg isu2 ini, malahan mereka (al-Wahabiyah) berjuang dg mengangkat pedang memerangi org2 yg tdk sependapat dg mereka dan menganggap bhw memerangi ahli bid’ah [27].

Dakwah al-Wahabi dg jolokan “al-Salafi” ini semakin berkembang bermula daripada kejayaannya membebaskan Arab Saudi daripada pemerintahan kerajaan Islam Turki ‘Uthmaniyah hinggalah ke hari ini. Melalui label al-Salafi ini, byk pula kekeliruan yg berlaku dikalangan kita. Masyarakat menjadi keliru, antara al-Salafi yg sebenar dg al-Salafi al-Wahabi. InsyaAllah dg tulisan yg serba sedikit ini akan menjelaskan hakikat kebenarannya. Kepada Allah lah kita pohonkan hidayat dan pertolongan.

Sesetengah org yg menggelarkan diri mereka dg al-Salafiyah menegaskan bhw Syeikh Muhammad ‘Abd Wahab mempunyai jasa yg besar terhadap Islam. Beliau dianggap sebagai seorang pejuang fi sabilillah bersama Muhammad Ibn Sa’ud membebaskan Hijaz (Saudi) daripada penjajahan Turki [28].

Masya Allah!!! Lihatlah wahai pembaca sekalian, lihatlah bagaimana fakta sejarah yg sengaja diputar-belitkan oleh golongan yg ta’asub kpd al-Salafiyah al-Wahabiyah ini. Mengapakah Muhammad ‘Abd Wahab itu dikatakan berjihad fi sabilillah sedangkan pd masa tersebut Turki ‘Uthmaniyah adl sebuah kerajaan Islam yg berdaulat. Hal ini diakui oleh seluruh umat Islam dan ulama’ muslimin.

Oleh itu, perkataan jihad fi sabilillah disini (mengikut penulis Tokoh-tokoh Mujaddid) tdk sah digunakan keatas rakyat dan negara Islam. Cubalah para pembaca bayangkan apakah “berjihad pd jalan Allah” itu digunakan utk melawan dan melanyak serta menumpahkan darah umat Islam sesama sendiri. Ini adl sesuatu yg bercanggah lagi bersalahan dg matlamat dan konsep jihad menuru perspektif al-Qur’an dan al-Sunnah.

Jika benar kesyirikan dan perbuatan bid’ah berleluasa pd ketika itu, apakah ulama’-ulama’ al-Haramain yg lain hanya berpeluk tubuh sahaja dlm soal ini? Apakah mereka kesemuanya bersengkokolan dg khurafat dan syirik?

Jika dakwaan ini benar, hal ini bersalahan dg sastu hadith mutawattir “umat aku tdk bersatu diatas kesesatan.” Sabdanya lagi yg bermaksud “akan ada di kalangan umatku terus-menerus diatas kebenaran, mereka itulah ahli ilmu (ulama’).”

Apakah benar syariat tdk terlaksana pd masa tersebut sehinggakan Muhammad ‘Abd Wahab mengisytiharkan 600 tahun sebelumnya adl zaman kesesatan. Jika kita meneliti nas2 “Risalah al-Najdiyah” kita akan dapati sememangnya beliau menyifatkan sedemikian.

Sebenarnya keadaan ini adl berasaskan pada tanggapan beliau sahaja, tetapi tdk pd pandangan ulama’ Haramain. Bahkan nas “Risalah al-Najdiyah” jelas disanggah oleh mereka [29]. Lalu beliau berpendapat tdk ada cara lain utk membebaskan diri daripada kemelut ini melainkan dg cara mengangkat pedang berjuang merebut kuasa politik utk menyampaiakan risalah pemikirannya.

Kita harus ingat, kerajaan Islam ketika itu mulai lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan asakan luaran. Kuasa2 kuffar dunia ketika itu seperti British dan Perancis hanya menunggu saat utk menghancurkan Islam. Syarif Hussin dan beberapa pimpinan Arab yg lain telah membuat pakatan sulit dg British yg diwakili oleh T. E. Lawrence. Hasilnya termeterai satu perjanjian antara mereka pada tahun 1916.

(bersambung)

_____

[24] “Ibn Taimiyah” – Imam Muhammad Abu Zahrah, m.s. 411, dan “Tarikh al-Mazahib” m.s. 210

[25] “Muhamamd Abd Wahab” – oleh Mas’ud al-Nadwi, m.s. 181, cetakan ZamZam, 1997

[26] Imam Muhammad Abu Zahrah, “Tarikh al-Mazahib al-Islam”, m.s. 210-211.

[27] Ibid, m.s. 209

[28] Lihat Syeikh Muhammad ‘Abd Wahab, “Tokoh2 Mujaddid Islam”, m.s. 79

[29] Lihat “al-Ajubah al-Makkiyah ‘ala al-Risalah al-Najdiyah”, m.s. 9-23

***

Referensi:
* [Zamihan, 2001]

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: