Pandangan ‘Ulama tentang Syeikh Zuhair Syawisy

Beliau adl seorang murid yg taat kpd Syeikh al-Albaani. Beliau begitu setia berdiri teguh dibelakang gurunya itu hampir selama 40 tahun. Selain itu, beliau juga turut menjadi murid kepada Syeikh Ali Tantawi sejak beberapa tahun kebelakangan. Hampir sebahagian besar karya al-Albaani diterbitkan oleh syarikat percetakan miliknya iaitu “al-Maktab al-Islami” yg berpangkalan di Beirut, Lubnan. Maktabahnya ada di Balad, Amman, Jordan (bersebelahan Jami’ al-Husain).

Disamping mencetak dan mengemaskini kitab2, beliau juga byk mentahkik (mengkaji) dan mengomentari kitab2 yg boleh menjadi penyokong kepada ajaranya salafnya. Antaranya ialah kitab “Syarh Aqidah al-Tohawiyah” karangan Ibn Abi al-‘Izz. Kandungan ayat2 suci al-Qur’an dan hadith di dlm kitab ini telah ditakhrijkan (dikeluarkan) oleh Tuan Gurunya, al-Albaani. Manakala beliau pula hanya bertindak sebagai penyelia kepada kitab ini. Kebanyakan penjelasan beliau tdk berdasarkan kpd pemerhatian yg mendalam, sebaliknya menggunakan kaedah taqlid.

Contoh yang Pertama

Hal ini terbukti apabila beliau selaku pengulas kepada “Syarh Aqidah al-Tohawiyah” bertindak menyelewengkan fakta sebenar tentang perkataan ulama’. Penyelewengan itu dibuat samaada yg berasal dari tulisan tangan ataupun yg telah dicetak. Sebagai contoh, di dalam kitab ini pd (m.s. 5, halaman nota kaki no. 1) kita dapati beliau menaqalkan perkataan ‘Allamah Imam ‘Abd Wahab al-Subki yg berbunyi:

“Mazhab2 yg empat ini alhamdulillah berada dlm aqidah yg satu, melainkan orang2 yg mengikuti Ahl I’tizal (mu’tazilah) dan Ahli Tajsim (memvisualisasikan Tuhan). Maka kebanyakan daripada mazhab yg empat itu kita namakan Jumhur yg berpegang kpd landasan kebenaran. Mereka mengakui pegangan Abi Ja’afar al-Tohawi yg diterima pakai oleh segenap lapisan ulama’ salaf dan khalaf..”

Kata2 ‘Allamah Imam ‘Abd Wahab al-Subki yg sebenarnya ialah sebagaimana yg dinaskan di dlm kitab beliau yg berjudul “Mu’id al-Nia’m Wa Mubid al-Niqm” (m.s. 62), berbunyi:

“Mereka yg bermazhab al-Hanafiyah, al-Syafi’ieyah dan al-Malikiyah serta Syeikh2 al-Hanabilah itu.. alhamdulillah sependapat di dlm perkara aqidah. Mereka ini berpegang kpd Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Mereka mentauhidkan Allah Swt mengikut jalan yg dilalui oleh Syeikh al-Sunnah, Abi Hasan al-Asya’ari. Tdk ada org bertentangan dengannya melainkan mereka yg hina-dina daripada kalangan al-Hanafiyah dan al-Syafi’iyah yg mengikut Ahl I’tizal (mu’tazilah) dan manusia yg hina daripada kalangan al-Hanabilah yg suka mengikuti ahl Tajsim (memvisualisasikan Tuhan). Allah Swt telah melepaskan golongan al-Malikiyah dlm hal ini. Kami tdk melihat apa2 yg ada pd mereka melainkan beraqidah Asya’ari. Kandungan aqidah Asya’ari itu adl intisari pegangan Abi Ja’afar al-Tohawi yg telah dipelajari oleh para ulama’ mazhab dg penerimaan dan redha.”

Sememangnya, perkataan yg dinuqilkan oleh Syeikh Zuhair ini ada pd halaman (m.s. 25) kitab tsb. Namun, beliau tdk menghubungkan perkataan cedukan ini dg perkataan yg seterusnya yg ada pd muka surat yg sama, iaitu pd lafaz “kesemua mereka ini mentauhidkan Allah mengikut pendapat Syeikh al-Sunnah, Abi Hasan al-Asya’ari dan pendapat beliau ini tdk ditentang melainkan oleh mubtadi’.”

Perbuatan ini dilakukan oleh beliau supaya para pembaca dpt melihat pengiktirafan Imam al-Subki terhadap Aqidah al-Tohawi itu merangkumi ulasannya sekali oleh Ibn Abi al-‘Izz. Sedangkan ulasan kpd kitab ini telah ditulis setelah kematian Imam al-Subki. Imam al-Subki pula beraqidah Asya’ariah dan tdk menyukai pendapat aqidah Ibn Taimiyah. Jadi, sengaja beliau lakukannya supaya Imam al-Subki mengiktiraf Ibn Abi al-‘Izz.

Mungkin dlm masalah ini, beliau mampu mengatakan “kami bawakannya secara ringkas” supaya dpt menyelamatkannya daripada dituduh menyeleweng. Hakikatnya perkataan ini tdk sekali2 dpt menyelamatkannya. Jika benar, mengapa halaman nuqilan itu tdk dinyatakan secara jelas di dlm kitab tsb.

Lebih2 lagi jika disebut Imam al-Asya’ari, tentunya ia akan menjejaskan reputasi “Syarh Aqidah al-Tohawiyah”. Ini kerana orang yg memberi ulasan kpd kitab tsb (Ibn Abi al-‘Izz) menetapkan ajaran Alam itu qadim dg nau’, benda2 yg baru itu tdk ada permulaan, menetapkan had dan arah bagi Allah, adanya sesuatu yg baru pd zat Allah Ta’ala dan macam2 lagi pegangan. Pegangan2 ini secara dasarnya bukan sahaja bertentangan dg aqidah al-Asya’ari, malahan ajaran ini bertentangan dg aqidah Islam secara total.

Justeru itu, sepatutnya isi kandungan kitab ini patut, bahkan perlu diteliti dan dikaji semula supaya kita semua dpt menilai sejauh manakah kebenaran antara keterangannya dg matan asal. Wallahu a’lam.

Berkenaan dg apa yg dilakukan oelh Syeikh Zuhair pula, secara jelasnya kita amat sangsi dg pengemaskinian yg dilakukan oleh beliau. Dimanakah letaknya amanah dg ilmu Allah?

Contoh yg Kedua

Di dlm kitab “al-Rad al-Waafir” yg dikarang oleh Ibn Nasruddin al-Dimasyq yg telah ditahkik (dikaji) oleh beliau juga berlaku kesamaran. Pd halaman muqaddimahnya, ketika beliau menterjemahkan biodata Imam al-A’laa’ al-Bukhari, dia telah menuqilkan sepotong teks daripada kitab “al-Duu’ al-Laami'” oleh al-Hafiz al-Sakhaawi. Teks itu ditujukan kpd Imam al-A’laa’ yg berbunyi: “(al-A’laa’) adl seorang yg rapat dg pemerintah.”

Tetapi pd hakikatnya yg sebenar teks diatas tdk ada didlm kitab “al-Duu’ al-Laami'” karangan Imam al-Skhaawi ini. Sebaliknya pd (m.s. 291, jld. 9), teks asal tsb berbunyi: “Apabila datang anggota kerajaan kpdnya (Imam al-A’laa’) dia akan menasihati mereka dg bersungguh2 dan bersikap tegas terhadap mereka..”

Sekali lagi, jika kita meneliti teks ini sehingga ke baris yg terakhir pun, kita akan dapati perkataan yg telah ditambah oleh beliau sebagaimana diatas iaitu “Imam al-A’laa’ adl seorang yg rapat dg pemerintah.” Tuan Guru kami telah mengingatkan beliau tentang hal ini. Lalu beliau berjanji akan memperbetulkannya dlm cetakan yg akan datang. Namun setelah keluar cetakan yg baru, keadaannya masih tdk berubah. Beliau tetap dg aliran salafnya. Persoalan kita, dimanakah amanah ilmu yg ada pd beliau sedangkan beliau mengaku mengikuti al-Salaf? Maka berhati2lah wahai para pembaca yg budiman. Semoga Allah menunjukkan kita jalan kebenaran-Nya.

***

Referensi:
* [Zamihan, 2001]

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: