[Fadhail Selawat] Surat No. 62

Surat No. 62 ini isinya tdk ada yg berkaitan dg Fadhail Selawat, tp di dlm bukunya [Zakariyya, 2001] dimasukkan ke dlm kategori Fadhail Selawat. (Aba ‘Izzat)

***

Surat No. 62

Assalaamu’alaikum warahmatulllahi wabarakatuh.

Saya mengirim surat ini dari negeri saya. Kerana kesihatan saya kurang baik dan musim yg sangat panas maka payah bagi saya untk datang mengunjungi anda.

Dan begitulah dengan taufikNya, saya selalu sibuk dengan memberi petunjuk kpd kawan2 sesuai dg kemampuan saya, sebagaimana yg selalu saya beritahu anda.

Sebelumnya saya minta maaf atas hal yg ingin saya ajukan mengenai Fadhai Amal, beberapa kesilapan tertulis didalamnya, iaitu:

Di dalam Kitab Fadhail Solat, Hadith ke 8, Bab II mengenai Huqub di neraka. Hadith ini tidak ada asalnya, padahal sangat penting diketahui asalnya hadith itu.

Hadith ke 10, Bab I, halaman 77. Disebutkan dg takhrij dari Abu Daud, kisah mengenai Ali r.hu dan Abu Ubaidah r.hu. Itupun tdk ada asalnya. Dan sebilangan besar riwayat diambil dari kitab Ihya, Nazhatul Majalis, Nazhatul Basatin, Tanbihul Ghafilin, Munabbihat yg rata2 bersanad maudhu’ (lemah). Dan kisah ke 20 tidak sesuai ditulis, serta bbrp kisah lainnya. Kitab ini salah jika dinisbatkan kpd Syaikh Hafiz Ibnu Hajar rah. (Sila lihat Kitab Kashfuz Zunun).

Pada halaman 12, mengenai kashaf Imam A’zam tdk ada dasarnya. Juga ucapan Syaikh Sha’rani rah. Pada halaman 59 mengenai seorang yg beribadah selama 12 hari dg memakai satu wuduk. Tidak bersanad. Wallahu ‘alam.

Dalam Kitab Fadhail al-Qur’an, berhubung dg 40 hadith:

Hadith ke 6, halaman akhir, tentang makna ayat “Dan sungguh Kami mudahkan al-Qur’an utk mengingat” salah jika diterjemah “Yang Menghafal al-Qur’an”. Sekiranya dibandingkan dahulu dg terjemahan Syaikh Ali Thanwi rah. maka kesalahan itu tdk akan terjadi. Akhir ayat itu menyebut “Dan akan mengetahui…

Bagaimana boleh dikatakan bhw hifzh al-Qur’an adl fardhu dan wajib? Lebih buruk lagi ialah misalan kpe Uzair a.s. Harap fikir semula dan lihat juga pendapat ahli ilmu tentang misal itu.

Di halaman 40, tertulis bhw membaca al-Qur’an adl nafil padahal hal itu adl sunnat mu’akkadah sebagaimana disebut di tempat lain. Mungkin boleh diterimaa jika menggunakan istilah nafil utk dibandingkan dg fardhu atau wajib dan banyak lagi kesalahan yg serupa di kitab ini.

Jawapan Surat No. 62

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Melihat surat anda, pertama sekali saya rasa sangat bimbang bhw risalah saya ternyata demikian cacat dan salah pada kiraan anda. Padahal, kerana tdk berharap pd diri sendiri, saya telah berikan kitab ini kepada beberapa ulama dan mashaikh utk disemak sebelum diterbitkan. Namun setelah menilai surat anda itu berparut rasa sayang dlm hati dan fikiran saya kerana kecaman anda.

Mijaz (perasaan) anda dlm hal ini adl keras sehingga tdk hirau aib apapun. Memang sentiasa ada diantara ahli ilmu yg bersifat keras spt ini. Syaikh Ibnu Qayyim dan Ibnu Jauzi adl ulama yg keras, manakala Hafiz Ibnu Hajar dan Allamah Suyuti adl ulama yg lembut. Adanya ulama yg keras sangat bermanfaat dan berfaedah bagi ulama yg lembut dan sebaliknya agar mereka dpt menjaga keseimbangan masing2.

Saya akan memberikan jawapan dan fikirlah kembali. Sekiranya timbul fikiran lain setelah jawapan surat ini maka jangan keberatan utk menulis kpd saya.

Fadhail Namaz (Solat):

Pada hemat saya, setelah menyemak berkali2 hingga kini, saya tdk dapati hadith mengenai huqub tdk ada asalnya. Anda tdk terangkan apa dalil anda dlm membuat keputusan ini. Hadith ini saya tdk temui dlm kitab hadith tetapi dlm sebuah kitab yg muktabar iaitu, Majalisul Abrar, ditulis riwayatnya oelh Syaikh Abdul Aziz. Maulana Abdul Hay juga telah menjadikan riwayat ini sebagai dalil dalam kitabnya al-Fatawa. Setelah saya khabarkan diatas jika anda tetap menolak hadith tersebut maka kemukakan dalil anda. Bagi saya ia telah menjadi pendorong kerana ramai mubaligh sering menyampaikan riwayat ini melalui lisan2 mereka dan orang2 lain pun mentahqiqnya.

Untuk mencari hadith tersebut saya harus luangkan byk masa, kerana itulah pd edisi permulaan saya tuliskan dibawah hadith ayat “belum ditemukan”.

Masalah ini terdapat dlm kitab Abu Daud, Bab Jihad, Fasal Tiharah di Medan Perang.

Saya tdk jumpai kisah Ali r.hu pd halaman 77. Kitab ini telah diulang terbit dg bertukar halaman.

Yg mana dimaksudkan kisah Abu Ubaidah r.hu perlu ditandakan dan jika tdk berasas perlu dikemukakan dalilnya. Apakah alasan anda mengatakan hal itu tdk berasas? Saya tdk nafi jika dikatakan dlm kitab Ihya dan lain2 ada riwayat2 yg daif. Tetapi itu bukan alasan boleh mengatakan bhw semua riwayat dlm kitab2 tsb adl daif.

(bersambung)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: