[Fadhail Solat] Surat No. 32

Surat No. 32

Kepada Syaikhul Hadith Muhammad Zakariyya
Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya ingin beritahu anda bahawa disebabkan kitab Fadhail Namaz (Solat) anda, saya telah bertengkar dengan kawan saya. Ia berkata bahawa semua hadith-hadith yang ditulis didalamnya adalah hadith maudhu’ dan sanadnya pun lemah. Dan ia pun telah mengucapkan kata-kata yang tidak baik terhadap diri anda. Jadi minta diterangkan adakah hadith daif ini di dalam kitab Fadhail Namaz anda?

Jawapan Surat No. 32

Assalaamu’alaikum warahmatulllahi wabarakatuh

Surat anda telah saya terima. Menurut pengetahuan hamba ini tidak ada hadith lemah dalam Kitab Fadhail Namaz. Sungguh pun demikian, ada juga sebahagian riwayatnya yang dihukum daif. Akan tetapi dari awalnya telah dikatakan bahawa hadith-hadith yang terdapat didalamnya telah disepakati oleh Para Muhaddithin boleh digunakan. Dan jika ada perbahasan atas riwayat hadith tersebut maka saya catitkan keterangan hadith itu dengan lengkap.

Anda telah khabarkan bahawa ada seorang yang menghina saya menyebabkan anda marah kepadanya. Ini amat tidak wajar dilakukan. Jika ada seorang yang mencemuuh saya yang hina ini, janganlah timbul pertengkaran dengan sesiapa. Hal ini sungguh tidak patut. Beritahu kawan anda itu, jika ada riwayat-riwayat yang menurut anggapannya lemah, maka maklumkan kepada saya agar saya menyemaknya.

Untuk masalah yang sekecil ini, seorang Muslim hendaklah tidak bertengkar satu sama lain. Ini suatu yang bahaya. Yakinlah dalam amalan kita. Syaitan memang ingin menghalangi kerja agama kita dengan menimbulkan perpecahan diantara kita sendiri.

Sekian. Wassalam.
6 Rejab 1377 H (1957 M)
Muhammad Zakariyya

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: