[Fadhail Haji] Surat No. 47

Surat No. 47

Kepada Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya
Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya memohon kepada Syaikhul Hadith agar menerangkan mengenai masalah wasilah (tawasul) dalam doa. Anda pernah menjawab tetapi saya inginkan jawapan berdasarkan al-Quran, Sunnah, dan Fiqh. Pendapat ulama tdk harus diikuti. Mohon jawapan segera.

Dalam al-Quran, Allah telah ajar berdoa dlm Surah Al-Fatihah, dimana tdk ada wasilah dan sebagainya. Dan dimanapun al-Quran menyebut mengenai doa maka disitu tdk diajar doa yg disertai dg wasilah. Setelah wafat Nabi Saw, pada masa Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, 10 sahabat yg dijanjikan Syurga dan seluruh sahabat Nabi Saw tdk pernah berdoa dg wasilah Nabi Saw. Mereka, Sahabat dan Para Nabi berdoa terus ke hadirat Allah Swt. Adakah berdoa dg wasilah terpaksa Allah Swt kabulkannya? Na’uzubillah, Astaghfirullah!

Mengenai doa dan wasilah ini tertulis dlm kitab anda, Fadhail Haji, halaman 144. Saya anjurkan pd masa akan datang jika anda menyusun kitab hendaklah ditahqiq lebih dahulu. Banyak kesilapan2 besar terdapat di dlm kitab anda.

Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya! Saya blm pernah melihat anda ikut keluar bersama Jemaah Tabligh. Anda pun belum pernah dilihat membawa jemaah keluar 40 hari dlm setiap tahun. Adakah anda hanya ingin mendapat pahala dari kitab-kitab anda yg berisi targhib-targhib saja? Itu hanya mimpi!!

Sekian. Wassalam.

Jawapan Surat No. 47

Surat anda berisi dua celaan telah saya terima. Sebelum ini ada sepucuk surat saya terima dari Mekah Mukarramah yg berisi nafsu dan marah. Surat itu hamba terima setelah dua bulan dikirim. Pada hari itu juga saya kirimkan jawapannya.

Sebelum ini saya sudah katakan bahawa saya tdk tahu sejauh mana pengetahuan anda. Adakah anda pernah belajar di Madrasah atau tdk? Jika pernah maka apa yg telah dipelajari? Hal ini perlu diketahui agar dpt disesuaikan perbincangan dg tahap seseorang.

Surat celaan anda berisi kemarahan anda terhadap wasilah. Jika surat anda dibacakan kpd seseorang maka ia tdk akan memahaminya. Sebenarnya yg menjadi bahasan diantara ulama besar bukanlah apa yg anda tulis. Jika masalahnya adl tawasul maka sesiapa yg pernah belajar maka ia tdk akan menafikannya.

Anda juga menulis “Tidakkah org yg berdoa dg wasilah itu memaksa Allah Swt? Sesungguhnya anda tdk pernah terfikir bagaimana Rasul Saw akan merayu meminta syafaat utk umatnya pd Hari Qiamat. Apakah waktu itu Rasulullah memaksa Allah Swt. Maka mengapa pintu syafaat terakhir tetap Allah buka?

Ada bbrp hadith mengenai tawasul diantaranya:

Dari Anas r.hu, bhw Umar bin Khattab r.hu jika terjadi kemarau, maka beliau akan meminta hujan melalui Abbas bin Abdul Muthalib r.hu. Beliau berdoa “Ya Allah, sesungguhnya kami bertawasul kpd Mu dg Nabi Saw. Engkau turunkan hujan. Sekarang daku bertawasul dg bapa saudara Nabi Saw, maka curahilah kami hujan.” Anas berkata “Maka turunlah hujan kpd mereka.” (Bukhari)

Mengapa Umar r.hu berbuat demikian? Mengapa ia pernah bertawasul melalui Nabi Saw dan juga bapa saudaranya, Abbas r.hu?

Ada satu kisah yg mahsyur diriwayatkan oleh Tirmizi, bhw Rasul Saw sendiri pernah mengajar kpd seorang sahabat yg buta suatu doa “Ya Allah sesungguhnya saya mohon kpd Mu dan bertawajjuh kpd Mu melalui Nabi Saw, Nabi Pembawa Rahmat,…” Apakah anda akan mengatakan pula bhw Rasul Saw ada mengajar pemaksaan kpd Allah dlm doa2 Baginda?

Dikeluarkan oleh Hakim dan disahihkan, bhw Rasul Saw bersabda “Ketika Adam As mengakui dosanya maka beliau berdoa, Ya Rab, aku mohon kpd Mu dg hak Muhammad Saw..”

Juga ditulis oleh Ibnu Hajjar al-Makki rah. dlm kitab al-Manasik bhw demikianlah Adam As telah berdoa dg tawasul kpd Rasul Saw sblm kelahiran Rasul Saw.

Ternyata pemikiran Rasul Saw atau Adam As atau Umar r.hu telah sampai ke tahap tersebut yg pemikiran anda blm sampai sehingga anda mengatakan sebagai paksaan terhadap Allah.

Allamah Jaziri rah di dlm kitab Hisni Hasin, halaman 23 telah menulis adab berdoa dg kalimat demikian “Dan hendaklah bertawasul kpd Allah melalui Nabi-nabi-Nya” Imam Nawawi rah. dlm kitabnya Ahkamul Haj, bab Berziarah menulis “Kemudian kembali ke tempat berhenti berdepan dg wajah Nabi Saw dan bertawasul dg Baginda utk urusan dirinya.” Dalam kitab Fadhail Haji, halaman 131, hal itu diterangkan dg terperinci. Silalah anda menelaahnya. Yang anehnya, anda baca halaman 144, tetapi anda tdk baca halaman 131.

Seandainya seluruh kitab ulama-ulama besar ini salah, maka tidak jadi masalah jika dikatakan kitab Fadhail Haji juga salah.

Anda juga menulis “Hendaklah hanya berdasarkan al-Quran, Hadith dan Fiqh saja. Dan perkataan ulama tdk harus diikuti.” Mengenai hal ini, mungkin betul kita tdk boleh ikuti begitu saja perkataan ulama. Akan tetapi kerana kelemahan ilmu saya, semua perkataan ulama itu dijadikan hujjah. Jika kita tdk mengikuti nasih alim ulama maka bagaimana kita boleh melalui hidup ini dg benar? Saya tdk mempunyai demikian tinggi persediaan dan kemampuan utk mengikuti langsung al-Quran dan Hadith, dlm berhujjah atas setiap amalan saya.

Anda juga menulis “Bahawa anda tdk pernah ikut dlm kerja Tabligh. Hanya menulis kitab2 targhib utk mendapatkan pahala” Apakah anda mengira bhw jika seseorang tdk dpt mengerjakan suatu amalan berpahala kerana sesuatu sebab maka ia harus meninggalkan semua pekerjaan yg berpahala? Barangkali anda tdk mengetahui bhw saya tdk pernah menulis suatu risalah semata2 kehendak saya. Mereka yg menghidupkan kerja (Tabligh) ini telah mendesak saya supaya menulis kitab2 tersebut. Silalah tanya Syaikh Maulana Muhammad Ilyas rah. atau kini Syaikh Maulana Muhammad Yusuf, “Mengapa beliau (Maulana Ilyas rah.) menyuruh org yg jarang keluar dlm Tabligh menulis kitab Tabligh ini?”

Hamba yg hina ini mengingatkan anda bhw saya tdk ada sedikitpun keinginan utk menyusun kitab2 itu. Saya sendiri merasa sangat khuatir, namun yg pertama kerana bapa saudara saya (Maulana Ilyas rah.) selalu mengarah saya agar segera menyusunnya. Hingga kini masih ada satu lagi kitab permintaan beliau yg saya belum susun dan Maulana Yusuf menambah arahan supaya saya menyusun lagi dan lagi risalah baru. Sebaiknya anda juga menasihati beliau agar dihentikan arahannya itu kpd saya utk masa akan datang.

Dan satu hal penting yg mesti anda ingat, bhw saya bukanlah pengajar pertama di Madrasah Mazahir Ulum. Pengajar pertama di Madrasah tersebut adl Syaikh yg lain.

Sekian. Wassalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
5 Rejab 1370 H (1951 M)
Muhammad Zakariyya

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: