[Fadhail Haji] Surat No. 46

Surat No. 46

Kepada Tuan Maulana Muhamamad Zakariyya
Pengajar Pertama di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur
Asalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada masa ini saya sedang melakukan ihram. Dalam kitab anda, Fadhail Haji, tertulis bahawa Nabi Khidir As biasa mendirikan Solat Subuh di Mekah Mukarramah dan pada waktu Ishraq beliau akan solat di Rukun Syami.

Oleh itu setelah Solat Subuh saya terus menuju ke Rukun Syami namun yang saya lihat disana hanyalah beberapa orang yang tidak berjanggut. Apakah ada kemungkinan beliau ketika bersahabat dengan orang-orang Mekah mencukur janggutnya sehinga saya tidak mengenalinya? Atau mungkin riwayat-riwayat dalam Fadhail Haji adalah setaraf dengan ayat-ayat al-Quran? Astaghfirullah! Astaghfirullah!

Dalam Fadhail Haji, anda juga telah menulis bahawa kusyen dan pintu Baitullah, pada sekian tahun diganti oleh Raja Saud. Padahal yg diganti hanyalah daun pintunya kerana pada ketika itu saya ada disana. Sedangkan anda tanpa melihat telah menulis peristiwa itu. Kusyen pintu yg lama sampai kini masih ada.

Kitab Fadhail Haji ini apa? Adakah himpunan kesalahan? Bagaimana boleh menyusun sebuah kitab dan menyebut kejadian disuatu tempat tanpa melihatnya? Anda telah ambil mudah dalam hal ini.

Juga ditulis, bahawa Sayyid Ahmad Rifai ketika di Madinah Munawwarah menziarahi makan Nabi Saw di Masjid Nabawi. Waktu itu ada kira-kira 90,000 orang disana juga Syaikh Abdul Qadir Jailani rah.

Keluarnya tangan dari kubur Baginda untuk Sayyid Ahmad Rifai adalah suatu hal yang aneh dan ajaib. Hal ini tidak pernah terjadi di zaman sahabat sekalipun. Mengapa terjadi pd orang selain sahabat? Keramah yg ada dasar tentu tidak akan dibantah tetapi jika tidak ada dasar dan dalilnya maka tidak patut ditulis di dalam sesebuah kitab.

Selain itu, dalam Fadhail Haji tertulis bahawa ada seorang pergi ke Madinah Munawwarah dlm keadaan lapar. Ia datang ke makam Rasul Saw dan berkata “Ya Rasulullah, saya lapar.” Setelah itu ia duduk di salah satu tempat dalam Masjid Nabawi dan kemudian tertidur. Dalam tidurnya ia bermimpi Rasulullah datang membawa roti dan memberi kepadanya sambil berkata “Makanlah in.” Setelah itu ia makan setengah roti itu, ia terjaga dan mendapati setengah roti lagi berada ditangannya.

Apakah kitab Fadhail Haji ini? Adakah kitab yg merusakkan aqidah? Yang mentaklimkan hal-hal seperti ini, meminta kepada selain Allah, walaupun Rasul Saw? Na’uzubillah!

Banyak juga kitab karangan Ulama Deoband, namun karangan anda mempunyai gaya yang aneh, mengajarkan syirik. Maulana Thanmi rah., Maulana Ganggohi rah., Maulana Khalil Ahmad rah., Maulana Waliullah Dahlawi rah. dan lainnya. Malah menentangnya. Saya pun pernah belajar sedikit di Madrasah Deoband. Saya bermazhab Hanafi dan bukan orang yg Ghairu Muqallidin, bukan pula bid’ah.

Pada bberapa tulisan anda, banyak terdapat pernyataan atas sabitnya ilmu ghaib. Bahawa Rasulullah Saw pernah berkata kepada beberapa orang dlm mimpi mereka, “Kamu sayangilah keturunanku kerana dg itu kamu akan mendapat hadiah dan ganjaran.” Sila fikir. Seorang yg sihat bagaimana ia dpt mengetahui bhw itu adl Rasulullah Saw?

Alhamdulillaah, kerja Tabligh disini berjalan baik akan tetapi diantara anggota jemaah kurang kasih sayang dan kurang saling menghormati. Alhamdulillaah, keikhlasan memang ada.

Sekian. Wassalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
Mekah Mukarramah, September 1950 M.

Jawapan Surat No. 46

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Surat cacian anda telah saya terima, bertarikh awal September. Begitu sekali kemarahan anda, sehingga surat ini sampai di Saharanpur dua bulan kemudiannya, iaitu awal bulan November. Didalamnya terdapat sehelai kertas bertulis nama Maulana Yusuf rah. yg anda suruh saya sampaikan kpd beliau. Dalam menunaikan perintah anda, beliau telah datang sendiri kepada saya. Beliau memberitahu saya bahawa anda sering menulis surat kepadanya yg pada awalnya beliau ambil berat untuk menjawab. Namun setelah itu untuk melayani akal anda yang sukar difahami beliau berikhtiar untuk membiarkan saja. Maka cerita itu telah mempengaruhi saya, padahal sebelumnya saya ingin menjawab surat anda secara terperinci. Tetapi saya memadai secara ringkas saja.

Surat anda kepada saya tertulis demikian:

Anda tdk suka dan marah anda terhadap memicit badan.

Anda juga marah Kitab Fadhail Haji, kerana anda tdk bertemu Nabi Khidir As di Rukun Syami.

Anda marah kerana tdk ditukar kusyen pintu Baitullah dan menulis bahawa ribuan orang telah menyaksikan hal itu dan bagaimana? Apakah kitab Fadhail Haji ini himpunan kesalahan, tanpa melihat dpt menyusun sebuah kitab?

Anda juga marah mengenai tangan Rasulullah keluar kpd Sayyid Ahmad Rifai kerena tdk ada dalil dan dasar yg jelas.

Anda juga mengatakan Kitab Fadhail Haji adl kitab yg mengajar aqidah yg rusak sbb kisah seorang yg duduk dekat raudah Nabi Saw lalu ditunaikan hajatnya.

Anda juga menulis, bahawa Maulana Thanwi rah., Maulana Ganggohi rah., Shah Waliullah Dahlawi rah. dan lainnya juga byk menyusun kitab tetapi mereka tdk mengajarkan syirik dan bid’ah malah mereka berusaha menghancurkannya.

Dan Rasulullah Saw telah datang di dlm mimpi bbrp orang dan berkata “Berbuat baiklah kpd keturunanku, begini dan begitu..” Menurut anda ini adl mengajar ilmu ghaib.

Berikut adl ringkasan saya dari surat anda yg panjang yg dipenuhi cacian dan marah. Sebelum saya menjawab hal tsb saya akan menyampaikan bbrp perkara:

Tidak mengapa mengkritik sebuah kitab atau risalah. Apa yg tdk difahami sangat penting ditanya atau dikritik. Sesungguhnya perlu diingat hendaklah kritik kita tidak disertai cacian. Anda mengadu bahawa diantara Jemaah Tabligh, mereka kurang kasih sayang dan saling menghormati. Padahal dlm surat anda kpd saya yg hina ini dan Maulana Yusuf berlaku spt yg anda adukan. Bayangkan jika anda berbicara spt itu kpd Para Ulama yg tdk dpt menerimanya. Saya lebih percaya mereka dari anda yg ikut perasaan.

Anda menulis bahawa anda pernah merasa belajar sedikit di Madrasah Deoband tetapi anda tdk sebut seberapa lama, agar saya fikirkan bagaimana bertutur dg anda.

Dan ehwal anda telah saya ketahui melalui surat dan tetamu yg mengenali anda yg kebetulan datang dari Lucknow. Surat anda telah saya serahkan kpd mereka dan dimuzakarah (juga surat kpd Maulana Yusuf). Menurut mereka, seandainya anda ikuti kerja Tabligh disana dg sikap seperti ini, maka anda akan banyak menyusahkan Ahli Tabligh dan banyak membawa kerugian. Oleh itu hendaklah anda renungkan apa yg telah anda lakukan.

Berikut jawapan saya kpd surat anda.

Seluruh ulama telah sepakat bhw memicit badan itu dibolehkan. Darimana anda dpt melarang memicit badan? Dan sanad mana yg anda perolehi? Dinyatakan dlm sebuah hadith, dari Umar r.hu, ia berkata: “Aku temui Nabi Saw dan seorang budak Habsyi sedang memicit punggung beliau.” (Kanzul Ummal, IV/44). Hadith ini marfu’ dan hadith lain dari Abdullah bin Zubair r.hu, sesungguhnya ia mengupah seorang nenek yg sangat tua memicit kedua kakinya. (Dur Mansur IV/175).

Ini adl perbuatan Sahabat. Dan dari riwayat Muhammad bin Munkadir, seorang Muhadith Tabien, beliau berkata, “Daku menghabiskan malamku dengan memicit kaki ibuku sedangkan saudaraku sibuk solat tahajjud dan daku ska menukar malam ku dengan malamnya.”

Apabila anda tdk bertemu Nabi Khidir di tempat tertentu maka anda tdk harus menafikan ia atau menganggap ia termasuk org yg menyukur janggutnya. Jika seorang berkata “Saya bisa duduk di tempat ini di Masjidil Haram.” Maka ini bukan bermaksud ia tdk pernah duduk di tempat lain.

Sayangnya hanya inilah kemampuan saya dpt tulis pd masa ini. Sungguhpun begitu mudah2an ia bermanfaat dan berfaedah bagi anda.

Sekian. Wassalam.
Muhammad Zakariyya

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: